99% BENCI, 1% SAYANG
29 Jan 2009
Dikira pada hari, dah 31 hari hal tu berlaku, genap sebulan… Namun kepala aku asyik buntu, bukan sbb aku tak boleh terima, tp sbb aku tak tahu apa sbb nye…
Setiap manusia mmg tak dapat lari dr membuat kesilapan.. Tapi apa yang dikesali bukan hanya kesilapan, tp peluang untuk tebus kesilapan itu…
Bila manusia berbuat silap, dan mereka sedar akan kesilapan itu, perkara paling INGIN mereka lakukan ialah menebus segala kesilapan yang penah mereka lakukan terhadap individu tertentu… Namun, jika ruang dan peluang tak diberi, adakah ianya mustahil???
Memang dah jadi lumrah dunia, yang silap akan diingat sentiasa… Walaupun ada lagi 1000 perlakuan baik yang dilakukan pada dia, namun hanya yang silap dan jahat yang diingati walaupun hanya satu…
Apabila kita dituduh melakukan sesuatu yang tidak kita lakukan, dan oleh sbb itu kita dipandang hina dan tiada semangat untuk apa saja, adakah ianya adil untuk dinilai???
Back to the reality…
DEMI NAMA ALLAH, saya tak tulis SURAT TUH..
Kalo hanya surat tuh segalanya jd tunggang langgang, maka percaya laa, bukan saya yang tulis surat tu..
Saya mohon sangat, andai ada apa saja salah saya, sila laa bagitahu…
Kalo segan berdepan, at least teknologi sms kan ade..
Apa yang saya mahukan, saya diberi pelung untuk tebus segala kesilapan tu..
Bukan dibuang terus seperti sampah yang jijik dilihat…
Jika diberi peluang, semua orang dalam dunia akan berubah ke arah yang lebih baik…
Mana ada orang dalam dunia yang nak jadi lebih teruk…
Jika diberi satu peluang, saya akan buktikan saya dah berusaha berubah…
Sedangkan muka pon tak mahu dilihat, macammane awak nak tahu saya dah berubah???
Awak…
Andai kata 99% dalam hati awak adalah BENCI…
Hanya 1% saja SAYANG,
Maka saya merayu seperti tiada lelaki dalam dunia ini merayu…
Pegang laa pada 1% itu…
Have faith, dan buka hati untuk diberi peluang…
Katakan mana salahnya, dan dengan bertaruhkan nyawa saya,
saya akan buktikan yang segala2nya sekarang sudah berubah…
Tiada cara lain lagi yang dapat saya buat selain MERAYU..









